Android 11 Developer Preview 2 Memerlukan Pengguna Pixel 4 Buka Mata Untuk “Face Unlock”

Android 11 Developer Preview 2 Memerlukan Pengguna Pixel 4 Buka Mata Untuk “Face Unlock”

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Google Pixel 4 adalah peranti Pixel pertama dengan sokongan nyahkunci berasaskan wajah sepenuhnya. Ia tidak menyertakan sebarang pengimbas cap jari dan hanya bergantung dengan sensor Soli dan sensor kedalaman pada bahagian dahi peranti sahaja. Berbeza dengan iPhone X ke atas, pengguna perlu membuka mata untuk menyakunci menggunakan Face ID. Pada Pixel 4, tutup mata pun peranti boleh imbas wajah. Ini mendatangkan kerisauan kepada sesetengah pengguna atas privasi dan sekuriti.

Akhirnya, dalam kemaksini Android 11 Developer Preview 2 – Google telah memberi kemaskini untuk Face Unlock. Pengguna kita perlu membuka mata untuk menyahkunci peranti. Menurut beberapa laporan, fungsi ini masih lagi kurang stabil dan pengguna perlu benar-benar membuka mata dengan luasa dan lebar. Jika mata sepet, ada kebarangkalian ia tidak akan dapat mengimbas wajah pengguna. Dalam beberapa situasi gelap juga, menurut Android Police – ia sukar untuk mengesan wajah.

Ini tidak menjadi masalah yang serius, kerana Android 11 masih lagi dalam pembangunan awal. Masih banyak perkara harus dibaiki untuk persediaan versi stabil akan datang.



TIPS & ULASAN