Cari @ Amanz

Seagate Memperkenalkan Storan SSD IronWolf 510 Untuk Storan NAS Yang Dikongsi Ramai Pengguna

Oleh Nazrin

Link Copied!

Seagate ialah sebuah jenama yang cukup terkenal untuk komponen-komponen dan aksesori storan mereka, dan baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah komponen SSD NVMe M.2 baru yang diunamakan Seagate IronWolf 510 yang dibina khusus untuk sistem storan NAS (Network Attached Storage).

Storan IronWolf 510 ini hadir dengan pilihan 240GB, 480GB, 960GB dan 1.92TB dan boleh dimuatkan didalam sistem NAS yang menyokong storan dengan rekaan M.2.

SSD IronWolf 510 ini bukan sahaja hadir dengan kadar penghantaran data yang jauh lebih pantas berbanding dengan storan berformat SATA, ia juga mempunyai jangkahayat yang jauh lebih panjang dengan purata masa sebelum kegagalan (MTBF) selama 1.8 juta jam.

Selain dari itu, SSD ini juga hadir dengan perkhidmatan penyelamatan data selama dua tahun oleh Seagate, dan juga waranti sepanjang lima tahun selepas pembelian.

Buat masa ini, storan Seagate IronWolf ini dijual di pasaran-pasaran terpilih bermula pada harga $119.99 untuk model 240GB sehinggalah $539.99 untuk storan bersaiz 1,92TB.


Komen ()