Carian
Kemaskini Membaiki Masalah Fokus Samsung Galaxy S20, S20+ Dan S20 Ultra Mula Diberikan
March 19, 2020 Effi Saharudin

Ketiga-tiga model Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra dilancarkan serentak di Malaysia beberapa minggu yang lalu. Ia sebuah peranti yang berkuasa tetapi mempunyai satu masalah di mana sistem auto-fokus tidak berfungsi dengan baik dalam beberapa situasi tertentu. Samsung menjanjikan kemas kini akan diberikan dan hari ini janji itu telah dikotakan.

Menurut Sammobile, kemas kini firmware yang diberikan akan menaiktaraf aplikasi Camera ke versi 10.0.01.98. Ini menurut mereka menyelesaikan masalah sistem autofokus kamera yang perlahan dan kurang responsif.

Buat masa ini kemas kini masih belum diberikan secara OTA dan hanya untuk peranti antarabangsa yang menggunakan cip Exysnos 990 dan boleh dimuat turun menerusi laman Sammobile. Seperti biasa kemas kini akan hadir dalam masa beberapa hari sahaja lagi dan berperingkat.

Komen