Xiaomi Mi A3 Kini Menerima Kemaskini Android 10 Stabil Tanpa Masalah

Xiaomi Mi A3 Kini Menerima Kemaskini Android 10 Stabil Tanpa Masalah

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Xiaomi Mi A3 adalah peranti Android One generasi ke tiga dari Xiaomi. Ia adalah peranti Android One paling mengecewakan dari Xiaomi setakat ini, kerana hanya menggunakan skrin 720p sahaja. Berbeza dengan Mi A1 beberapa tahun lepas, ia mendapat perhatian ramai sehinggakan ada komuniti di Malaysia yang tergila-gilakan peranti ini.

Ini tidak bermakna Xiaomi terus melupakan kewujudan peranti ini. Baru-baru ini, Xiaomi telah mengedarkan sekali lagi kemaskini Android 10 bagi Mi A3. Ini adalah kemaskini baharu, kerana sebelum ini kemaskini Android 10 yang diedarkan membawakan banyak masalah sehingga menyebabkan peranti boot-loop. Jadi dengan kemaskini baru ini, ia adalah lebih stabil dan turut membaiki masalah pengimbas cap jari. Selain itu, Xiaomi turut sertakan tampalan sekuriti Mac 2020.

Xiaomi Mi A2 Lite

Untuk Mi A2 Lite pula, Android 10 sudah pun diedarkan. Tetapi turut mempunyai masalah yang sama, iaitu menjadikan peranti bermasalah seperti skrin terus rosak. Kemudian dek kerana wabak Covid-19, edaran kemaskini ditunda. Walau bagaimanapun, Xiaomi telah pun mengeluarkan kenyataan yang Mi A2 Lite akan menerima kemaskini ini dalam bulan ini juga. Namun, tiada tarikh lagi.

Sumber: [1], [2]


TIPS & ULASAN