Fon telinga nirwayar ialah aksesori perlu ketika kami bekerja di pejabat kerana suara bising boleh menyukarkan proses melakukan kerja. Bagi mendapatkan audio yang terbaik, fon telinga yang menyokong codec LDAC akan kami sarankan walaupun harga jualannya kerap mampu milik. Tetapi hari ini Oppo Enco M31 yang menyokong LDAC telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada harga amat mampu milik RM 199 sepasang.
Fon telinga dengan rekaan gelung leher dan earbuds ini turut mempunyai sokongan audio beresolusi tinggi secara nirwayar. Apabila dua fon telinga dengan magnet disambung, Enco M31 akan secara automatik terpadam apabila ditanggalkan semula ia terus mencari peranti terakhir untuk ditambat semula secara automatik.
Dengan bateri sebesar 88 mAh, Enco M31 dapat beroperasi sehingga 12 jam berterusan. Ia turut boleh dibawa bersukan kerana melepasi piawaian IPX5.
Di Malaysia ia akan dijual harga RM199 tetapi pada 27 Mac ini ia ditawarkan pada harga RM155 sempena ulang tahun Lazada. Tawaran ini adalah untuk 1000 unit pertama sahaja dan menerusi laman edagang rasmi Oppo di Lazada.