Cari @ Amanz

Kad afterburner adalah perkakasan penting bagi pengguna profesional dalam bidang perfileman atau menyunting video. Di dalam Mac Pro baharu, kad afterburner ini digunakan untuk mempertingkatkan sistem alir kerja Apple ProRes dan ProRes RAW untuk filem dan video profesional.

Semasa Mac Pro mula dilancarkan, kad ini hanya  boleh dibeli semasa ingin membeli Mac Pro sahaja. Di Malaysia harga jualan Mac Pro model asas adalah RM25,999 tanpa kad ini dan RM33,999 dengan kad afterburner. Kini, Apple telah menawarkan pembelian kad afterburner ini secara berasingan dengan harga RM8,000 juga. Jadi, bagi pembeli Mac Pro yang membeli Mac Pro dan tidak mampu menambah kad ini ketika membelinya. Kini jika anda sudah mengumpul duit dan menginginkan kad afterburner ini, ia sudah dibeli tanpa perlu membeli sebuah lagi Mac Pro.

Kad afterburner ini juga merupakan kad yang perlu di pasang pada slot PCIe x16 slot.Kad ini juga adalah eksklusif untuk Mac Pro 2019 dan tidak boleh digunakan pada PC lain atau produk Apple yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd