Platform-platform media sosial adalah kawasan dimana orang ramai di seluruh dunia berkumpul untuk berkomunikasi dan bertukar maklumat. Sayangnya, kebarangkalian bahawa maklumat yang dikongsi itu adalah palsu juga cukup besar.
Untuk menangani isu ini, khususnya tentang wabak COVID-19 yang sedang membelenggu masyarakat di seluruh dunia sekarang, Twitter telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa tiada maklumat palsu disebarkan, yang mungkin akan menyebabkan wabak tersebut merebak dengan teruk lagi.
https://twitter.com/TwitterSafety/status/1240418440982040579?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1240418440982040579&ref_url=https%3A%2F%2Ftechcrunch.com%2F2020%2F03%2F18%2Ftwitter-coronavirus-covid-19-misinformation-policy%2F
Twitter telah mengemaskini polisi keselamatan mereka untuk melarang pengguna daripada berkongsi maklumat palsu, menidakkan kepakaran mereka yang sedang menangani isu ini ataupun menggalakkan penggunaan ubat-ubatan yang tidak berkesan.
Jika pihak Twitter mendapat laporan mengenai pengguna-pengguna yang melakukan kesalahan-kesalahan tersebut, mereka tidak dibenarkan pos sehingga ciapan yang dilaporkan tersebut dipadam oleh pengguna sendiri.
Misal kata seorang pengguna berkongsi ciapan seperti COVID-19 hanya akan merebak ke sesetengah bangsa, ataupun memakan ikan singgang yang direbus boleh mengubati penyakit tersebut, pihak Twitter akan meminta anda untuk memadamkannya sebelum anda dibenarkan pos lagi.
Langkah drastik ini adalah untuk memastikan bahawa hanya maklumat yang sahih dikongsi kepada orang ramai untuk mengurangkan kadar jangkitan wabak tersebut.