Carian
Ini Adalah Penawaran Celcom Dan Xpax Untuk Pelanggan Sehingga 31 Mac 2020
March 19, 2020 Aman

Dengan Perintah Kawalan Terhad yang dikeluarkan kerajaan, beberapa pihak telah hadir dengan sejumlah penawaran dalam memastikan pengguna lebih selesa di rumah, dan kekal berhubung dalam mendapatkan informasi terkini.

Pihak Celcom turut tidak ketinggalan, dan berikut merupakan beberapa perkara yang bakal ditawarkan pihak Celcom untuk pelanggan pascabayar dan juga pelanggan Xpax sehingga 31 Mac 2020 ini:

  • Akses data tanpa had percuma untuk WhatsApp antara 8 pagi sehingga 6 petang.
  • Akses data tanpa had percuma untuk Microsoft Office 365 antara 8 pagi sehingga 6 petang.
  • Celcom Xpax Ultra Hour pada harga RM2 untuk penggunaan selama 6 jam. Terhad pukul 8 pagi sehingga 6 petang.
  • Lanjutan pembayaran bil selama 7 hari dari tarikh bayaran biasa untuk pelanggan pascabayar Celcom.
  • Tawaran pulangan wang kembali 10% untuk pelanggan Celcom Xpax yang membuat tambah-nilai melalui Celcom Life App bernilai RM10 dan ke atas. Terhad sehingga 30 Jun 2020.
  • Penukaran data yang tidak digunakan kepada pulangan wang kembali bagi pelanggan Celcom Mega Postpaid, sehingga 30 Jun 2020.

Disamping itu, Celcom juga menawarkan panggilan percuma kepada pusat krisis KKM sepanjang tempoh sehingga 31 Mac 2020 kelak.

Komen