Samsung Galaxy S20+ adalah peranti mercu Galaxy S tahun ini yang berada di tengah-tengah antara S20 dan S20 Ultra. Ia tidak kecil dan tidak terlalu besar. Ia dijana dengan Snapdragon 865 atau Exynos 990. Ia juga mempunyai skrin yang agak besar iaitu 6.7-inci QHD+, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB (di Malaysia hanya Exynos 990, 8/128 GB sahaja).
Warna yang Samsung tawarkan untuk S20+ adalah Cosmic Grey, Cosmic Black, Cloud Blue dan Cloud Pink. Terkini, peranti Samsung Galaxy S20+ edisi Olympic Games Athlete telah tertiris. Ia memperlihatkan warna emas yang mirip dengan peranti Samsung lama. Imej yang tertiris ini memperlihatkan logo “docomo”, iaitu set telko di Jepun. Jika Samsung melancarkan peranti edisi khas ini secara global, ada kemungkinan variasi tanpa logo telko akan diperlihatkan. Di bahagian bawah, terdapat tulisan “Galaxy” dan “Tokyo 2020”.
Buat masa ini, acara Olimpik 2020 di Tokyo masih belum disahkan akan ditunda ataupun tidak. Jika wabak Covid-19 masih berterusan, acara ini mungkin tidak akan dilancarkan dan kehadiran peranti edisi khas ini mungkin akan ditunda. Buat masa ini hanya S20+ sahaja yang dilihat hadir dengan warna ini dan variasi lain masih tidak kelihatan.
S20+ menggunakan tetapan kamera 64MP + 12MP + 12MP + ToF, bateri 4500mAh, sokongan pengecasan pantas 25W dan 15W pengecasan nirwayar. Selain itu turut menyokong pengecasan nirwayar dua-arah 9W.