Meskipun pasaran tablet dikatakan seperti kurang mendapat sambutan, namun ia tidak menghalang Samsung untuk terus berinovasi dan sentiasa mengemas kini barisan tablet mereka. Terbaru, terdapat desas-desus mengatakan Samsung kini dalam fasa menyiapkan tablet terkini mereka iaitu Samsung Galaxy Tab A 8.4 (2020). Spesifikasi peranti juga telah tertiris di arena web menerusi ciapan @evleaks.
Samsung Galaxy Tab A 8.4 (2020) dijangka menampilkan paparan bersaiz 8.4″ FHD+ (1920 x 1200 piksel) dan cip pemproses Exynos 7904, memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 32GB dengan sokongan kad microSD sehingga 512GB,
Kamera swafoto adalah sebesar 5MP, manakala kamera utama pula adalah 8MP. Peranti ini juga akan disertakan dengan sokongan pembesar suara stereo dan port USB-C pada bahagian bawah. Manakala, bicu audio pula ditempatkan pada bahagian atas. Sedikit mengecewakan tablet ini masih menggunakan sistem operasi Android 9 Pie. Tiada maklumat mengenai bilakan ia akan dilancarkan secara rasmi pada waktu ini.