Plaza Tol PLUS TIdak Lagi Menerima Transaksi Tunai Pasca Kes Koronavirus
March 19, 2020
Lain-lain
Effi Saharudin
Bermula hari ini, kesemua plaza tol Projek Lebuhraya Utara Selatan tidak akan lagi menerima sebarang transaksi tunai. Kesemua pengguna diwajibkan menggunakan kad Touch ‘n Go bagi melakukan pembayaran tol.
Langkah mengejut ini diambil selepas seorang kakitangan di plaza tol Ebor PLUS didapati dijangkiti wabak Covid-19 semalam. Bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku kepada kakitangan dan pelanggan, sebarang jenis pembayaran yang melibatkan interaksi antara individu perlu dielakkan.
Bagi mereka yang mungkin tidak memiliki kad Touch ‘n Go, anda boleh memasukkan kredit ke dalam MyKad anda.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.