Unifi Mobile Tawar Pas Data Mingguan Tanpa Had Dan Pas Hotspot LTE 999GB Secara Percuma

Unifi Mobile Tawar Pas Data Mingguan Tanpa Had Dan Pas Hotspot LTE 999GB Secara Percuma

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Telekom Malaysia telah pun sedia menawarkan akses kepada Unifi TV untuk semua pelanggan Unifi. Selain daripada itu, kini TM juga turut hadir dengan penawaran pas akses data secara percuma untuk pelanggan Unifi Mobile.

Bagi anda yang menggunakan pelan Unifi Mobile 99, webe RM79, dan Unifi Mobile Pek Jasa, anda boleh menikmati pas hotspot 999GB LTE secara percuma – sekaligus berkongsi data bersama ahli keluarga lain ketika anda berada di rumah.

Unifi 999GB

Promosi ini ditawarkan oleh pihak TM dari 19 Mac hingga 31 Mac kelak. Ia akan diaktifkan secara automatik kepada semua pelanggan berkenaan, dan akses data hotspot ini terhad untuk penggunaan dibawah rangkaian LTE sahaja.

Selain daripada itu, bagi pengguna pakej prabayar #BEBAS, anda akan diberikan dengan pas mingguan bernilai RM20 kepada semua pelanggan Unifi Mobile #BEBAS. Dengannya, anda akan menerima akses tanpa had untuk penggunaan selama seminggu, dan boleh ditebus lagi sekali selepas tempoh berkenaan tamat. Promosi ini juga terhad antara 19 Mac sehingga 31 Mac 2020 ini.


TIPS & ULASAN