HONOR MagicBook – Ketahanan Bateri Yang Lama Pada Harga RM2299 Bersama Hadiah Percuma Bernilai RM467

HONOR MagicBook – Ketahanan Bateri Yang Lama Pada Harga RM2299 Bersama Hadiah Percuma Bernilai RM467

Diterbitkan pada Apr 9, 2020 oleh .

Jika dahulu rekaan sebuah komputer adalah sangat besar dan sukar untuk dibawa kemana-mana, kini rekaannya telah melalui fasa evolusi yang membenarkan para pengguna untuk melakukan tugasan dimana jua yang mereka inginkan dengan mudah dan selesa. Pada era ini, pelbagai syarikat pengeluar peranti pintar bersaing antara satu sama lain bagi menawarkan keperluan dan kemahuan setiap pengguna. Antaranya adalah mereka mewujudkan ekosistem peranti pintar mereka sendiri bagi memudahkan lagi proses pemindahan data antara pengguna.

HONOR juga tidak terkecuali dalam menghasilkan inovasi teknologi dalam pelbagai barisan produk mereka yang sentiasa bersaing dengan para syarikat pengeluar peranti pintar yang lain. Antara peranti pintar yang terlibat dalam ekosistem mereka adalah siri komputer riba HONOR MagicBook. Siri komputer riba ini membawakan kriteria yang sesuai untuk digunakan oleh semua golongan pengguna sekaligus menjadikannya sangat berbaloi untuk dimiliki.

1. Kapasiti Bateri Yang Cukup Besar Untuk Menyelesaikan Tugasan Harian Anda

Siri HONOR MagicBook ini menawarkan bateri berkapasiti 57.4W yang dikatakan mampu untuk beroperasi selama 10 jam penggunaan bagi tugasan pejabat yang biasa dan 9.5 jam untuk membuat tontonan video beresolusi 1080p serta 9.4 jam bagi kegunaan melayari pelbagai laman web. Hal ini adalah kerana komputer riba ini dilengkapi dengan fungsi penjimatan kuasa pintar daripada HONOR sendiri yang mampu untuk meningkatkan lagi ketahanan bateri 15% lebih lama untuk kegunaan harian.

2. Dilengkapi Bersama Pengecasan Pantas USB-C 65W Yang Mampu Mengecas 40% Dalam Masa 30 Minit

Pengecas komputer riba siri HONOR MagicBook ini adalah jenis USB-C. Apa yang lebih memudahkan para pengguna adalah pengecasnya yang kecil dan senang untuk dibawa kemana sahaja. Pengecas ini bukan sahaja boleh mengecas komputer riba, malah ia juga mampu untuk membuat pengecasan bagi peranti-peranti lain yang menyokongnya. Menurut HONOR sendiri, komputer riba ini mampu untuk membuat pengecasan sebanyak 40% dalam masa hanya 30 minit.

3) Kehadiran Pemproses Ryzen Bersama Memori Dan Storan 8+512GB Yang Membantu Prestasi Permua Anda

Selain itu, bagi anda yang gemar bermain permua, siri HONOR MagicBook ini juga sesuai untuk anda kerana prestasinya yang lancar, samaada untuk membuat tugasan atau juga bermain permua. Apa yang membantu komputer riba ini berjalan dengan lancar adalah ia dilengkapi oleh pemproses AMD Ryzen 5 3500U, kad grafik Radeon Vega 8 dan dwi saluran untuk memori 8GB DDR4. Dengan spesifikasi sebegini, prestasi permua anda menjadi lebih lancar dan kadar lengah masa adalah sangat kurang. Malah, anda tidak lagi perlu risau untuk bermain permua yang berat dan melakukan dua kerja dalam satu masa yang sama kerana HONOR MagicBook mampu untuk beroperasi dengan lancar tanpa sebarang masalah.

4) Sistem Penyejukkan Yang Memberi Anda Peluang Untuk Menikmati Pengalaman Permainan Lebih Lama

Namun, pernahkah anda merasa haba yang panas keluar daripada komputer riba anda apabila menggunanya dalam satu tempoh masa yang lama atau bermain permua? Hal ini adalah mungkin disebabkan saiz perisiannya yang besar dan menggunakan kapasiti bateri yang banyak. Anda tidak perlu risau hal ini akan berlaku, sekiranya anda menggunakan siri HONOR MagicBook ini. Hal ini adalah kerana mereka telah membina rekaan bilah kipasnya yang berbentuk S yang dikatakan membantu dalam meningkatkan aliran angin sebanyak 49%. Reka bentuk bilah kipas ini juga membantu dalam mengurangkan bunyi bising keluar daripada peranti apabila perisian yang berat diaktifkan, serta dapat mengurangkan pengeluaran haba sebanyak 38%.

5) Rekaan Skrin Dengan Bingkai Yang Nipis Membantu Anda Untuk Menikmati Paparan Yang Lebih Luas

Komputer riba HONOR MagicBook ini membawakan rekaan bingkai yang nipis dimana ia memberikan efek kepada skrin untuk menghasilkan paparan yang lebih luas. Menurut HONOR juga, nisbah skrin ke badan untuk komputer riba ini adalah seluas 81%. Dengan rekaan ini, anda boleh menikmati paparan skrin seluas 14 inci bersama resolusi 1920 x 1080p hasil daripada rekaan bezelnya yang senipis 5.2mm. Dengan rekaan sebegini, anda dapat menikmati pengalaman tontonan yang lebih mendalam. Malah, beratnya yang hanya seringan 1.47kg ini menjadikannya lebih mudah untuk dibawa kemana sahaja.

6) Dilengkapi Dengan Sistem Sekuriti Yang Selamat dan Mudah

Dari segi keselamatannya dan kemudahannya pula, siri HONOR MagicBook ini dilengkapi dengan sistem imbasan berasaskan cap jari dimana ia memberi privasi kepada para pengguna. Melaluinya, anda tidak perlu risau komputer riba anda dicerobohi oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Malah, fungsi ini juga memudahkan lagi proses untuk mengakses komputer anda, dimana kata laluan tidak lagi diperlukan. Menurut HONOR, sistem imbasan berasaskan cap jari ini mampu untuk nyahkunci peranti sepantas 0.9 saat. Ini menjadikan komputer riba anda lebih mudah untuk diakses masuk oleh anda seorang sahaja dan sukar untuk dicerobohi oleh individu lain.

Terdapat juga fungsi Magic-Link 2.0 yang terbina pada siri komputer riba HONOR MagicBook ini. Fungsi ini merupakan fungsi yang telah dinaik-taraf oleh Multi-Screen Collaboration. Ia berfungsi untuk memudahkan anda melakukan pemindahan data atau fail daripada komputer riba dan telefon pintar dengan cepat. Melalui fungsi ini, anda boleh menyambung tugasan yang dilakukan menggunakan telefon pintar di komputer riba anda dengan mudah dan pantas. Kini, anda boleh membuat dua tugasan dalam satu masa yang sama.

Kesimpulan

Kesimpulannya, siri HONOR MagicBook ini adalah berbaloi bagi anda yang inginkan sebuah komputer riba untuk kegunaan harian. Hal ini adalah kerana kapasiti baterinya yang besar bersama fungsi keselamatannya yang menjaga privasi serta memudahkan lagi proses tugasan anda. Malah, saiz memori dan storan yang ditawarkan juga adalah cukup besar bagi anda yang ingin menjadikan HONOR MagicBook ini untuk kegunaan harian.

Komputer riba ini sudahpun memasuki pasaran Malaysia. HONOR MagicBook ini dipasarkan pada harga RM2299 yang menjadikannya lebih berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkannya. Bagi yang berminat, boleh membuat pembelian melalui laman rasmi HONOR atau pengedar-pengedar rasmi mereka.

Untuk pengetahuan anda, komputer riba untuk kumpulan pertama telahpun habis dijual dalam tempoh masa 2 minit menerusi Hihonor & Shopee, dan 15 minit menerusi Senheng & SenQ. Oleh itu, HONOR telah membuka peluang kepada anda untuk membuat pembelian bagi jualan kumpulan kedua untuk HONOR MagicBook ini.

Bagi anda yang membuat pembelian melalui Senheng dan juga SenQ, anda berpeluang untuk menerima hadiah percuma daripada HONOR iaitu HONOR Band 5 Sport, tetikus nirwayar dengan sokongan Bluetooth dan juga beg galas komputer riba HONOR.

Atau pengguna boleh memilih untuk menerima hadiah percuma HONOR Band 5i, tetikus nirwayar dengan sokongan Bluetooth dan juga beg galas komputer riba HONOR apabila membeli dengan Shopee bermula 9 April, atau menerusi laman rasmi HONOR, pada 15 April ini.

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan HONOR MagicBook bersama hadiah-hadiah percuma daripada mereka sementara stok masih ada.

Layari: Laman Rasmi HONOR Untuk Maklumat Lanjut HONOR MagicBook

Penafian: Advertorial daripada HONOR Malaysia


TIPS & ULASAN