Nokia 8.3 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G Dan Kuad Kamera Zeiss
Artikel Berkaitan

Nokia 8.3 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G Dan Kuad Kamera Zeiss

Diterbitkan pada Mac 20, 2020 oleh .

Nokia akhirnya melancarkan empat telefon baharu mereka awal pagi ini dan kita mulakan terlebih dahulu dengan Nokia 8.3 5G. Ia adalah peranti dengan spesifikasi tertinggi mereka untuk tahun 2020 tahun ini serta yang pertama menyokong rangkaian 5G.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.81″ AMOLED FHD+ Pure Display, dijana cip Snapdragon 765G, memori sehingga 6GB RAM LPDDR4X, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Peranti Nokia terkenal dengan kemampuan fotografinya dan Nokia 8.3 hadir dengan empat kamera utama 64MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, 2MP makro dan 2MP kedalaman. Kamera swafoto pula sebesar 24MP yang diletakkan pada lubang skrin peranti. Lensa Zeiss masih terus digunakan walaupun tidak lagi secara eksklusif kerana mereka turut membekalkannya kepada Sony,

Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada sisi kanan peranti terbina pada butang kuasa. Apabila rakaman video sehingga 4K 60FPS dilakukan, ia menyokong sistem audio OZO bagi memberikan audio 360 darjah yang kedengaran hidup. Kemasan warna cerun peranti diberi nama Polar Night yang kelihatan seperti langit dengan Aurora. Android 10 digunakan tetapi dalam versi Android One.

Di Eropah Nokia 8.3 5G akan dijual pada harga 599 Euro 
(~RM2828) untuk versi 6/128GB dan 649 Euro (~RM3064) untuk versi 8/256GB.



TIPS & ULASAN