Cari @ Amanz

HMD Global sebelum ini telah hadir dengan beberapa peranti klasik Nokia yang diberikan nafas baru. Terbaru, hari ini mereka turut mengumumkan Nokia 5310 yang bakal ditawarkan tidak lama lagi.

Nokia 5310 merupakan peranti yang direka-bentuk semula berdasarkan kepada peranti XpressMusic yang diperkenalkan pada 2007 lepas.

Nokia 5310

Nokia 5310 baru ini hadir dengan skrin 2.4-inci QVGA, dilengkapi papan kekunci T9, dan dilengkapi dengan sistem operasi KaiOS yang membolehkan pengguna menggunakan sejumlah aplikasi, termasuk WhatsApp.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan cip MediaTek MT6260A, dilengkapi memori 8MB RAM, dan bateri 1200mAh. Ia turut dilengkapi pemain MP3, selain akses kepada radio FM dan dwi-speaker dihadapan.

HMD Global mengatakan bakal memasarkan peranti ini bermula Mac 2020 ini pada harga bermula 39 Euro, iaitu sekitar RM183.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd