Netflix Mengurangkan Kualiti Video Di Eropah Kerana Koronavirus

Netflix Mengurangkan Kualiti Video Di Eropah Kerana Koronavirus

Diterbitkan pada Mac 20, 2020 oleh .

Selamat menempuh hari ketiga arahan pengurangan pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan bagi membendung virus Covid-19. Sedang kita terperam di rumah selama tiga hari, di Eropah perintah berkurung sudah berkuat kuasa hampir dua minggu di beberapa negara seperti Itali. Akibatnya penggunaan Internet melonjak secara mendadak. Bagi mengelakkan beban ke atas infrastruktur Internet Eropah, Netflix telah mengurangkan kualiti video mereka di benua tersebut.

Pengurangan kualiti video ini dilakukan mereka selepas seruan dilakukan oleh pesuruhjaya Kesatuan Eropah Thierry Breton. Kualiti video akan dikurangkan selama 30 hari dan ini menurut Netflix boleh mengurangkan trafik sehingga 25%.

Sejak penularan koronavirus di Eropah, jumlah penggunaan Internet telah meningkat sebanyak 50%. Bagi mengelakkan beban ke atas infrastruktur sedia ada, Thierry Breton telah menyeru pengguna supaya hanya menstrim kandungan pada resolusi SD  buat masa ini,


TIPS & ULASAN