Kesemua Model iPad Pro 2020 Dilengkapi 6GB RAM Dan GPU Lebih Berkuasa

Kesemua Model iPad Pro 2020 Dilengkapi 6GB RAM Dan GPU Lebih Berkuasa

Diterbitkan pada Mac 20, 2020 oleh .

Apple mempunyai tabiat aneh tidak menyenaraikan spesifikasi penuh produk yang dikeluarkan oleh mereka. Spesifikasi penting seperti saiz RAM dan bateri adalah antara yang kerap dirahsiakan. Untuk iPad Pro 2020 yang baru dilancarkan, misteri mengenai saiz RAM dan GPU akhirnya terjawab.

Menerusi kod yang ditemui di dalam iOS 13.4 Beta, kesemua model iPad Pro 2020 dilengkapi 6GB RAM LPDDR4X. Pada versi 2018, hanya model dengan storan 1TB dilengkapi RAM sebesar ini. Dengan saiz RAM yang lebih besar proses membuka lebih banyak aplikasi serentak akan menjadi mudah tanpa masalah segar semula yang lazim didengari.

Turut diketahui ialah cip Apple A12Z yang digunakan hadir dengan GPU lapan teras. Satu teras lebih banyak berbanding Apple A12X pada iPad Pro 2018. Peningkatan kuasa memproses dan GPU masih lagi misteri memandangkan peranti masih belum diulas sepenuhnya.

Selain itu kesemua model iPad Pro 2020 dilengkapi cip UI yang diperkenalkan menerusi iPhone 11 tahun lalu. Menerusi cip ini proses mencari barangan yang hilang menjadi lebih mudah kerana lengkap dengan kompas lokasi.


TIPS & ULASAN