Facebook Perkenal Pusat Maklumat Covid-19 Bagi Memudahkan Akses Berita Tepat Mengenai Wabak

Facebook Perkenal Pusat Maklumat Covid-19 Bagi Memudahkan Akses Berita Tepat Mengenai Wabak

Diterbitkan pada Mac 20, 2020 oleh .

Seperti diketahui, kini kita sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan penularan jangkitan Covid-19. Sebagai tindak balas terhadap wabak ini, Facebook menyokong kerja komuniti kesihatan awam global untuk memastikan orang ramai sentiasa selamat dan mempunyai akses kepada maklumat yang tepat.

Oleh itu, Facebook kini melancarkan Pusat Maklumat Coronavirus (Covid-19) pada aplikasi mudah alih mereka. Ia akan dipaparkan pada bahagian news feed berfungsi sebagai pusat maklumat untuk orang ramai menerima berita terkini mengenai wabak ini daripada pihak berkuasa kesihatan nasional dan organisasi global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Selain itu, ciri ini juga menyediakan pelbagai tip dan petua dalam bentuk artikel mahupun video pendek mengenai penjagaan kebersihan untuk mencegah penyebaran COVID-19.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu dan diikuti oleh Itali, Perancis, Jerman, Sepanyol, UK dalam tempoh 24 jam akan datang. Facebook juga mengatakan mereka bakal memperluaskan ciri ini ke lebih banyak negara pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN