Cari @ Amanz

Rekaan Antaramuka Baru Windows 10 Diperlihatkan Bersempena 1 Bilion Pemasangan Sistem Operasi Tersebut

Oleh Nazrin

Link Copied!

Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan bahawa sebanyak 1 bilion salinan sistem operasi Windows 10 mereka telah dipasang di komputer-komputer di seluruh dunia.

Untuk menyambut peristiwa tersebut, Panos Panay, iaitu Ketua Pegawai Produk di Microsoft telah memposkan satu video di Instagram untuk menunjukkan beberapa perubahan yang akan datang pada sistem operasi tersebut di masa akan datang.

View this post on Instagram

The team made this video to celebrate making it to 1 billion MAD on Windows 10 and I wanted to share it with all of you. Now at a time when so much of our work and communication is taking place through our devices, it’s especially humbling to know that Windows can help empower a billion people to stay connected to the things and people they care about #Windows

A post shared by Panos Panay (@panospanay) on

Melalui video tersebut, diantara perubahan-perubahan yang dapat dilihat adalah dari segi antaramuka, termasuklah ikon perisian, Start Menu, Live Tiles dan juga File Explorer, yang mempunyai rekaan menu baru yang tidak lagi mempunyai bar lokasi di bahagian atas.

Microsoft masih belum mengesahkan lagi bilakah antaramuka ini akan tiba untuk pengguna, tetapi ia agak menarik untuk melihat perubahan-perubahan ini secara awal.


Komen ()