Cari @ Amanz

Oppo Find X2 Pro adalah peranti mercu terbaik Oppo tahun ini. Kami di Amanz telah mengujinya dan ia memang membuatkan kami rasa teruja terhadap peranti ini. Ia dijana dengan cip Snapdragon 865, menggunakan skrin QHD+ 120Hz HDR10+, kamera periskop dan sokongan pengecasan pantas 65W.

Terkini, peranti ini telah dinobatkan oleh YouTube sebagai peranti terbaik untuk menstrim kandungan dari YouTube. Ia dinobatkan untuk YouTube Signature. Kriteria yang diambil kira adalah video 360 darjah, prestasi DRM, kada segar semula, nyahkod 4K, HDR dan codec generasi baru. Walaupun Oppo menggunakan panel OLED dari Samsung, peranti Samsung sendiri seperti siri Galaxy S20 masih tidak disenaraikan. Malah, Oppo adalah peranti pertama tahun ini yang disenaraikan sebagai peranti terbaik untuk YouTube Signature.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd