Carian
Kawalan Gestur Penuh Pada Pelancar Pihak Ketiga Hanya Akan Disokong Pada One UI 2.5 Untuk Peranti Samsung
March 20, 2020 Fahim Zahar

One UI adalah sistem operasi daripada Samsung yang dibina berasaskan Android. Ia adalah antara sistem operasi Samsung terbaik sejak zaman Samsung Experience. Dengan One UI saya sendiri mula jatuh hati dengan peranti Samsung, lebih-lebih lagi One UI 2.1. Tetapi tidak semua orang akan gemarkan One UI, kerana pelancar yang digunakan tidak begitu mesra kustomasi.

Ini kerana, pelancar pihak ketiga seperti Lawnchair, Nova Launcher, Action Launcher dan banyak lagi tidak menyokong kawalan gestur penuh pada peranti Samsung. Sebaliknya akan tersangkut kembali dengan kawalan navigasi atas skrin tradisional dengan butang kembali, butang senarai aplikasi terbuka dan juga butang ke skrin utama. Wakil Samsung Korea melalui forum komuniti mereka, telah menyatakan yang sokongan ini hanya akan tiba dalam kemaskini One UI 2.5.

Walau bagaimanapun, jadual kemaskini untuk One UI 2.5 masih tidak diketahui. Sekarang baru sahaja One UI 2.1 dan itu pun terhad kepada siri Galaxy S20 dan Z Flip sahaja. Peranti Samsung lain pun masih One UI 2.0 dan tidak semua peranti menerima kemaskini ini. Jadi, ada kemungkinan besar One UI 2.5 akan diperkenalkan bersama-sama Galaxy Note 20 kelak. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen