Wajah Huawei P40 Dan P40 Pro Akhirnya Tertiris

Wajah Huawei P40 Dan P40 Pro Akhirnya Tertiris

Diterbitkan pada Mac 20, 2020 oleh .

Misteri mengenai rekaan skrin hadapan Huawei P40 dan P40 Pro akhirnya terjawab selepas selama ini hanya bahagian belakang peranti telah tertiris ke arena web. Sekali lagi imej ditiriskan oleh @evleaks yang hanya beberapa hari yang lalu mendedahkan rekaan panel belakang kedua-dua peranti yang sama.

Pada P40 terdapat lubang kamera berbentuk bujur untuk dwi-kamera swafoto. Dari imej di atas kami mengagak panel skrin yang digunakan adalah rata dengan saiz bezel yang nipis. Pada P40 Pro pula sistem kamera yang sama dapat dilihat tetapi nampaknya mempunyai sisi lengkung pada keempat-empat sisi. Ini mengesahkan maklumat tertiris sebelum ini yang mengatakan skrin P40 Pro akan meminjam dari Honor Magic.

Tinggal enam hari sahaja lagi sebelum Huawei P40 dan Pro Pro dilancarkan secara atas talian. Maklumat yang tertiris cukup mengujakan. Untuk lebih banyak maklumat mengenai P40, teruskan bersama Amanz,


TIPS & ULASAN