Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan satu lagi telefon pintar secara eksklusif atas-talian, iaitu Galaxy M31.
Samsung Galaxy M31 hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED, dilengkapi cip Exynos 9611, menggunakan memori 6GB RAM dan storan 128GB.
Untuk rakaman gambar, ia menyertakan empat kamera belakang gabungan 64MP utama + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (depth) + 5MP (makro). Untuk swafoto, ia menyertakan kamera 32-megapixel.
Telefon pintar ini turut menyertakan bateri 6000mAh dengan pengecasan 15W. Ia menggunakan Android 10, serta menyertakan sokongan dwi-SIM dan mikro-SD.
Di Malaysia, ia akan ditawarkan secara eksklusif atas-talian bermula 27 Mac 2020 di Lazada, pada harga RM1099.