Huawei Bakal Hadir Dengan Aplikasi Huawei AppSearch Untuk Muat Turun Aplikasi

Huawei Bakal Hadir Dengan Aplikasi Huawei AppSearch Untuk Muat Turun Aplikasi

Diterbitkan pada Mac 20, 2020 oleh .

Sehingga hari ini, peranti-peranti terkini Huawei dan Honor tidak menyokong perkhidmatan Google atau GMS. Mereka hadir dengan alternatif tersendiri, iaitu Huawei Mobile Services atau HMS. Melalui HMS, ia hadir dengan pelbagai perkara yang sama dengan GMS termasuk gedung aplikasi tersendiri – AppGallery. AppGallery adalah “Play Store” untuk muat turun aplikasi pada peranti-peranti ini.

Akan tetapi, tidak semua pembangun ingin sertakan aplikasi mereka ke dalam AppGallery. Antara sebabnya adalah risau akan data peribadi, sekuriti dan privasi terdedah. Facebook, WhatsApp atau juga Instagram tidak boleh dimuat turun. Pengguna perlu pasang secara sideloading melalui fail APK. Terkini, Huawei dilihat akan hadir dengan alternatif – Huawei AppSearch. Ia adalah aplikasi mencari aplikasi. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh memuat turun pelbagai fail APK dari pelbagai sumber dengan mudah.

Jika aplikasi tersebut ada di AppGallery pengguna akan dibawa terus ke gedung aplikasi tersebut. Ada aplikasi akan terus dibawa ke laman web rasmi pembangun dan ada juga terus ke APKMirror, APKPure, APKMonk atau juga Amazon App Store. Senarai aplikasi popular turut akan dipaparkan mengikut negara seperti Austria, Kanada, China, Perancis, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Pelbagai kategori turut boleh dicari dalam aplikasi ini bagi memudahkan lagi pengguna.

Huawei menekankan penggunaan Huawei AppSearch ini pada peranti siri Mate 30, P40 akan datang dan juga Mate XS. Mereka turut sarankan pengguna menggunakan aplikasi ini untuk muat turun aplikasi yang tiada di App Gallery seperti Facebook dan WhatsApp. Buat masa ini, aplikasi ini hanya berada di Jerman sahaja dan tidak pasti sama ada akan dilancarkan secara global atau hadir ke Malaysia. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN