Cari @ Amanz

Imej Didakwa OPPO Reno Ace2 Tetriris Dengan Kamera Utama Berbentuk Bulat

Link Copied!

Pada Oktober lepas, OPPO telah memperkenalkan OPPO Reno Ace yang dikuasakan oleh Snapdragon 855+ dan pengecasan pantas 65W. Ini juga adalah peranti yang turut ditawarkan dalam versi Mobile Suit Gundam yang kami rasakan paling menarik pernah dihasilkan. Kita kini di tahun 2020 dan ura-ura Reno Ace akan menerima model kemas kini mula didengari. Hari ini gambar yang didakwa Reno Ace2 muncul di laman Weibo.

Tidak perlu menggosok mata anda kerana ia memang mirip rekaan OnePlus 7T kerana rekaan bonjol kamera berbentuk bulat pada bahagian belakang. Pada model tahun lalu kuad-kamera utama disusun menegak pada tunjang peranti. Turut dapat dilihat ialah port pengecas USB-C, dua butang laras suara dan panel belakang yang diperbuat daripada kaca.

Tahun lalu  Reno Ace ialah sebuah peranti mercu dan besar kemungkinan Reno Ace2  juga akan meneruskan tradisi tetapi kali ini dengan cip Snapdragon 865. Sejak tahu lalu Oppo tidak lagi mengehadkan jumlah peranti mercu yang dikeluarkan dalam setahun.


Komen ()