Facebook Dan Instagram Akan Menangguhkan Penerbitan Kesan Penuras AR Baru Untuk Stories

Facebook Dan Instagram Akan Menangguhkan Penerbitan Kesan Penuras AR Baru Untuk Stories

Diterbitkan pada Mac 20, 2020 oleh .

Mungkin ramai pengguna Instagram dan Facebook sedia ketahui akan penawaran sejumlah kesan penuras AR khas yang ditawarkan untuk pengguna menggunakannya pada Stories – sekaligus hadir dengan sejumlah kandungan berbentuk interaktif.

Kebanyakkan kesan penuras AR ini hadir daripada pembangun bebas, dan ada yang menghasilkannya sebagai hobi.

Apa pun, dengan wabak Covid-19 yang semakin serius dari hari ke hari, kini pihak Facebook mengumumkan mereka akan menangguhkan penerbitan kesan penuras AR baru.

Ini bermakna, tiada sebarang kesan penuras AR baru akan diterbitkan dalam masa terdekat ini di Facebook dan Instagram. Tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan bilakah perkara ini akan berubah.


TIPS & ULASAN