Cari @ Amanz

Dengan perkembangan Covid-19, kini Maxis mengumumkan yang mana mereka menawarkan akses data percuma untuk beberapa laman web terpilih bagi para pengguna Maxis dan juga Hotlink.

Antara laman web yang menerima akses data percuma adalah termasuk laman:
– Kementerian Kesihatan
– Pejabat Perdana Menteri
– Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO)
– Harian Metro
– The Star
– Berita Harian
– Sinar Harian
– China Press
– Sin Chew
– Astro Awani
– Oriental Daily
– News Straits Times

Maxis mengumumkan penawaran ini kepada pelanggan mereka melalui aplikasi MyMaxis dan juga Hotlink Red. Mereka turut mengatakan akan menambah lebih banyak lagi portal-portal lain dari semasa ke semasa. Bagi anda yang menggunakan talian Maxis dan Hotlink, boleh melayari laman-laman ini tanpa risau penggunaan data. Maxis masih tidak mengumumkan sehingga bilakah penawaran akses data percuma untuk laman-laman ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd