World Health Organization (WHO) hari ini telah melancarkan perkhidmatan melalui permesejan WhatsApp tersendiri, sekaligus memudahkan pengguna mengikuti pelbagai maklumat terkini berkaitan wabak Covid-19 dengan mudah.
Pengguna hanya perlu menghantar mesej “Hi” ke nombor khusus +41 79 893 18 92, dan anda seterusnya boleh mengikuti menu khusus untuk mendapatkan maklumat terkini.
Antara maklumat yang ditawarkan melalui perkhidmatan ini adalah termasuk angka ancaman terbaru, fakta berkaitan Covid-19, berita semasa, khidmat nasihat dan sebagainya. Langkah ini juga mungkin akan mengurangkan kadar penyebaran info palsu yang sering dikaitkan dengan WhatsApp.