Twitter Menambahkan Senarai Berita Mengenai COVID-19 Melalui Bahagian Explore
Nazrin
Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa WHO telah melancarkan saluran WhatsApp untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan berita terkini mengenai wabak COVID-19.

Kini, Twitter juga dilihat telah menambahkan satu senarai berita khusus untuk laporan-laporan media mengenai wabak tersebut, dan lebih menariknya, ia disenaraikan bergantung kepada lokasi geografi anda.
Senarai ini boleh dilihat melalui bahagian Explore di Twitter, dimana banner COVID-19 diletakkan di bahagian atas muka laman tersebut, dan berita-berita tempatan boleh diperlihatkan.

Senarai berita COVID-19 ini boleh diakses melalui laman web desktop ataupun aplikasi Twitter Android dan iOS untuk kemudahan membaca tidak kira dimana anda berada.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.