Razer ialah sebuah syarikat yang cukup terkenal untuk aksesori-aksesori permainan mereka di serata dunia. Tan Ming-Liang, CEO syarikat tersebut baru-baru ini telah membuat sebuah pengumuman yang cukup menggemparkan di waktu dunia sedang menentang wabak COVID-19 yang kian menular.
Beliau mengumumkan bahawa Razer telah bekerja keras untuk menukar sebahagian daripada kilang mereka supaya ia boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pembuatan dan pengeluaran topeng pembedahan.
Over the past few days, our designers and engineers have been working 24-hour shifts to convert some of our existing manufacturing lines to produce surgical masks so that we can donate them to countries around the world.
— Min-Liang Tan (@minliangtan) March 19, 2020
Menerusi satu siri ciapan di Twitter, Razer dilihat ingin membekalkan para doktor dan petugas perubatan di dunia dengan satu juta topeng pembedahan, bermula dengan Singapura, iaitu lokasi ibu pejabat Razer.
Pereka dan jurutera di Razer telah bekerja sepanjang syif 24 jam untuk membina barisan pemasangan ini, dan telahpun memulakan perbincangan dengan pelbagai kerajaan-kerajaan negara untuk memudahkan eksport topeng-topeng tersebut.