Google sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menangguhkan kemaskini saluran stabil untuk pelayar web berkenaan disebabkan oleh situasi kesihatan semasa. Seperti ramai sedia maklum, selain Chrome, pihak Microsoft turut menggunakan enjin pelayar web Chromium yang sama pada pelayar web Edge.
Selari dengannya, kini Microsoft turut mengumumkan yang mana mereka akan menangguhkan pengenalan kemaskini saluran stabil untuk Microsoft Edge buat sementara waktu.
Microsoft turut mengatakan mereka akan kekal menawarkan kemaskini sekuriti dan kestabilan untuk Edge 80 sedia ada, dan akan berkongsi lanjut mengenai kemaskini kepada Edge 81 dalam minggu-minggu akan datang.