Cari @ Amanz

Grab hari ini telah mengumumkan perubahan waktu operasi GrabFood bermula 21 Mac 2020 ini. Sekiranya sebelum ini anda boleh membuat tempahan pada bila-bila masa, bermula 21 Mac 2020, tempahan GrabFood akan terhad antara 7 pagi sehingga 12 tengah malam sahaja.

Grab mengatakan langkah ini adalah selari dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Perubahan ini adalah untuk kawasan Selangor dan Kuala Lumpur buat masa ini. Grab turut mengatakan yang mana perkhidmatan GrabFood di Sabah adalah terhad antara 7 pagi sehingga 5 petang sahaja.

Grab turut mengatakan pengguna diminta membuat tempahan makanan terakhir sebelum 11.30 malam setiap hari. Grab tidak menyatakan sehingga bilakah perubahan waktu operasi untuk GrabFood ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd