Carian
Grab Hadir Dengan GrabPasar – Perkhidmatan Penghantaran Barangan Dapur Dan Produk Segar
March 21, 2020 Aman

Grab sebelum ini telah pun sedia menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan GrabFood, dan penghantaran barangan runcit GrabMart. Terbaru, Grab di Malaysia turut hadir dengan sebuah lagi perkhidmatan, dinamakan GrabPasar.

GrabPasar memfokuskan kepada perkhidmatan penghantaran barangan dapur seperti daging, makanan laut, dan juga produk segar lain seperti sayur dan sebagainya.

Buat masa ini, GrabPasar hanya ditawarkan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang sahaja. Malah, daripada penyenaraian rakan kerjasama, ia hanya sekitar TTDI dan Hartamas sahaja buat masa ini.

Kami sendiri masih belum melihat pilihan GrabPasar pada aplikasi kami (berkemungkinan kerana faktor lokasi). Namun, pihak Grab melalui laman rasmi menyatakan ia telah beroperasi bermula 21 Mac 2020, iaitu hari ini.

Komen