Realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar berspesifiaksi pertengahan mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Realme 6.
Realme 6 hadir dengan skrin 6.5-inci LCD FHD+, dilengkapi skrin pada kadar segar semula mencapai 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G90T, memori sehingga 8GB RAm dan storan sehingga 128GB UFS 2.1.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 4300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.
Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat-kamera belakang gabungan 64MP + 8MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 16-megapixel.
Di Malaysia, Realme 6 ditawarkan pada harga RM999 untuk variasi 4GB RAM dan storan 128GB. Untuk jualan promosi pada 27 Mac 2020, antara pukul 12 pagi sehingga 2 pagi, pengguna boleh mendapatkannya pada harga RM799.