Samsung Galaxy Z Flip Kini Boleh Dibeli Semua – Berharga RM5888

Samsung Galaxy Z Flip Kini Boleh Dibeli Semua – Berharga RM5888

Diterbitkan pada Mac 23, 2020 oleh .

Samsung Malaysia telah pun mula mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar boleh-katup mereka sejak daripada minggu lepas. Kini, lanjutan daripadanya, Galaxy Z Flip kini telah pun mula dijual untuk semua secara terbuka tanpa perlu pra-tempahan bermula hari ini.

Galaxy Z Flip merupakan telefon pintar boleh-katup pertama daripada Samsung, hadir dengan cip Snapdragon 855+, dan sokongan dwi-kamera dibelakang. Samsung turut menyertakan sebuah skrin mini dibahagian kerangka luar untuk memaparkan notifikasi sekiranya telefon dikatupkan.

Bagi anda yang berminat dengan telefon pintar boleh-katup, boleh dapatkan Samsung Galaxy Z Flip ini daripada kedai atas-talian seperti Lazada dan Samsung pada harga RM5888 hari ini.


TIPS & ULASAN