YouTube [email protected] Dilancarkan Bagi Meneruskan Pembelajaran Ketika Sekolah Ditutup

YouTube [email protected] Dilancarkan Bagi Meneruskan Pembelajaran Ketika Sekolah Ditutup

Diterbitkan pada Mac 23, 2020 oleh .

Tadika, sekolah dan IPT ditutup di seluruh negara bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Dengan jumlah ribuan pelajar berkumpula, ia adalah antara kawasan paling berisiko tinggi. Tetapi hidup mesti diteruskan dan pelajar harus terus belajar walaupun tanpa guru sekolah. Bagi ibu bapa yang mungkin buntu untuk mengisi waktu lapang anak di rumah, YouTube [email protected] kini boleh diakses.

Menerusi portal ini, YouTube menyenaraikan 84 saluran-saluran mereka yang menawarkan pelbagai modul pelajaran. Antara saluran menarik ialah National Geographic Kids, Duolingo, Khan Academy dan Crash Course Kids. [email protected] hanya menawarkan kandungan untuk pelajar prasekolah, 5 tahu ke atas dan 13 tahun ke atas.

Malang sekali kesemua kandungan adalah hanya dalam bahasa Inggeris buat masa ini. Tetapi sekiranya anak anda tidak mempunyai halangan bahasa, kesemua saluran-saluran yang ditawarkan adalah lebih berfaedah dari menonton rancangan hiburan sepanjang hari,



TIPS & ULASAN