Black Shark FunCooler Pro Berharga RM199 Di Malaysia – Kipas Penyejuk Untuk Telefon

Black Shark FunCooler Pro Berharga RM199 Di Malaysia – Kipas Penyejuk Untuk Telefon

Diterbitkan pada Mac 23, 2020 oleh .

Black Shark hari ini telah mengumumkan penawaran FunCooler Pro untuk pasaran tempatan, iaitu sebuah aksesori kipas penyejuk untuk telefon pintar.

FunCooler Pro

FunCooler Pro ini menggunakan teknologi Thermoelectric Cooling menggunakan Peltier Effect. Dihubungkan melalui kabel USB, penyejuk ini dikatakan berupaya mengurangkan suhu peranti sehingga 14-darjah dalam masa seminit.

Aksesori ini juga turut dilengkapi dengan sokongan aplikasi khusus untuk Android dan iOS yang membolehkan pengguna mengawal beberapa mod untuk menyejukkan peranti.

FunCooler Pro ini akan ditawarkan secara eksklusif melalui Shopee bermula 24 Mac ini pada harga RM199.

Baca : Pandang Pertama Black Shark FunCooler Pro


TIPS & ULASAN