Cari @ Amanz

ZTE Axon adalah siri peranti mercu dari ZTE yang premium. Ia popular di Malaysia dengan model ZTE Axon 7, yang mana memfokuskan pembesar suara stereo menghadap ke hadapan. Namun, jualan jenama ini tidak kuat di Malaysia dan sehingga hari ini sudah pelbagai generasi Axon dilancarkan dan tidak dijual di Malaysia.

Terkini adalah Axon 11 5G. Ia bukan lagi peranti mercu, tetapi adalah sebuah peranti kelas pertengahan. Ia dijana dengan cip Snapdragon 765, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Saiz skrin adalah 6.47-inci FHD+ 90Hz AMOLED dengan rekaan takuk kecil. Bateri adalah 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas QC4 dan pengecasan nirwayar.

Kamera pula adalah gabungan empat lensa 64MP + 8MP sudut ultra lebar 120 darjah + 2MP makro dan 2MP sensor kedalaman. Kamera swafoto pula adalah 20MP. Untuk sekuriti dan keselamatan, pengimbas cap jari bawah skrin digunakan.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di China sahaja dan tiada berita mengenai jualan di pasaran global.  ZTE Axon 11 5G RMB2,698 (~RM1,684) untuk 6GB+128GB variant dan meningkat sehingga RMB3,398 (~RM2,121) untuk 8GB+256GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd