Banyak-banyak platform pestriman yang kami cuba, Netflix menjadi kegemaran dan pilihan utama. Bukan sahaja kerana kandungan yang ditawarkan, tetapi juga antaramuka yang mesra pengguna, mudah digunakan dan kemampun mencipta profil agar satu akaun boleh dikongsi beramai-ramai.
Terkini, Amazon Prime Video telah dikemaskini dengan kemampuan mencipta profil. Amazon membenarkan enam profil dicipta, satu adalah admin (dewasa) dan lagi lima terpulang untuk profil dewasa atau kanak-kanak bawah 12 tahun. Dengan adanya profil berbeza, apabila akaun dikongsi ia tidak akan menggnggu progres tontonan, kacau senarai minat atau cadangan kandungan yang dijana.
Pengguna kini boleh mencipta profil ini di aplikasi Android atau laman web, dengan pergi ke bahagian “My Stuff” dan tekan “Create profile”. Berbeza dengan Netflix, Amazon tidak membenarkan pengguna menukar gambar profil buat masa ini. Fungsi ini masih lagi terhad ke beberapa negara, tetapi dengan isu Covid-19 ini dan PKP – mungkin ia akan diperkenalkan secara global tidak lama lagi.
Jadi dengan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang, mereka yang ada akaun ini kini mudah untuk dikongsi bersama-sama antara keluarga atau kawan dengan profil tersendiri tanpa gangguan progres tontonan pemilik akaun.