Carian
Vivo Mengacah Rekaan Vivo S6 5G – Menggunakan Rekaan Kamera Bulat
March 24, 2020 Fahim Zahar

Dua minggu lepas, Vivo telah mengacah kehadiran peranti 5G baharu Vivo S6 5G. Ia adalah peranti kelas pertengahan 5G pertama dari Vivo selepas dua peranti mercu 5G dilancarkan, Vivo NEX 3 dan NEX 3S. Jika pasaran Malaysia S5 adalah Vivo S1 Pro, mungkin S6 5G akan hadir sebagai S2?

Terkini, gambar acah rasmi peranti ini telah muncul di arena web. Ia memperlihatkan rekaan modul kamera bulat, memfokuskan rekaan nipis, panel belakang kaca 3D melengkung, dan kamera utama 48MP selain kamera swafoto 32MP. Peranti ini dikatakan mungkin akan dijana cip Snapdragon 765, skrin berlubang dan mungkin juga pengecasan pantas asas 18W.

Maklumat lanjut mengenai peranti ini masih belum diketahui. Tetapi di China, laman web JD.com sudah mula mengambil pra-tempahan. Ini bermakna ia mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Komen