Xiaomi Akan Hadir Peranti Dengan Saiz Skrin Kecil – Mungkin Mi 6 2020?

Xiaomi Akan Hadir Peranti Dengan Saiz Skrin Kecil – Mungkin Mi 6 2020?

Diterbitkan pada Mac 24, 2020 oleh .

Kebanyakan peranti sekarang menggunakan skrin bersaiz yang agak besar, pasti saiznya bersaiz 6-inci ke atas. Peranti bersaiz kompak ini sudah tidak menjadi trend lagi. Setakat ini hanya Sony sahaja yang ada, itu pun skrin panjang dan kurang selesa.

Terkini, Xiaomi dikatakan ingin kembali hadir dengan peranti bersaiz kecil. Tetapi, jika ingin kembali dengan peranti ini kos akan menjadi mahal. Ini kerana mereka perlu bangunkan secara khas dan perlu membuat kajian semula.

Kemudian wakil Xiaomi ada mencadangkan, gunakan semula rekaan Mi 6. Skrin rekaan nirbingkai, tidak kira skrin berlubang atau takuk dengan ketahanan bateri sepanjang hari. Beliau turut mencadangkan sertakan sekali NFC dan juga dijana dengan cip Snapdragon 7xx atau mungkin juga Snapdragon 8xx. Paling penting jisim peranti adalah ringan.

Adakah kita akan lihat kehadiran kembali Mi 6? Mungkin Mi 6 2020? Banyak-banyak peranti Xiaomi, Mi 6 adalah antara kegemaran saya. Apa kata anda dan berapa harga yang anda sanggup bayar untuk peranti seperti ini?



TIPS & ULASAN