Google Menyenaraikan Aksesori Terbaik Untuk Digunakan Bersama Dengan Hangouts Meet

Google Menyenaraikan Aksesori Terbaik Untuk Digunakan Bersama Dengan Hangouts Meet

Diterbitkan pada Mac 24, 2020 oleh .

Disebabkan wabak koronavirus (Covid-19), negara kita terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Manakala ada negara lain diperintahkan untuk berkurung terus. Oleh yang demikian, bagi mereka yang bekerja majoriti syarikat mengarahkan pekerja-pekerja mereka bekerja dari rumah – termasuk kami di Amanz. Salah satu cara untuk terus berhubung antara para pekerja adalah WhatsApp, tetapi jika ada mesyuarat penting – penggunaan kamera web adalah jalan penyelesaian terbaik atau panggilan telefon beramai-ramai.

Banyak perisian yang boleh digunakan, seperti Microsoft Team, Skype, panggilan video WhatsApp atau juga Hangouts Meet. Google baru-baru ini telah hadir dengan senarai produk kamera web dan set fon kepala terbaik untuk digunakan bersama-sama dengan Hangouts Meet. Ini bagi memastikan kualiti video adalah terbaik dan kekal kelihatan profesional. Berikut adalah senarainya;

Kamera Web:

  • Logitech​ c925e Business Webcam
  • Huddly IQ

Set Fon Kepala:

  • EPOS|Sennheiser IMPACT SC 635, IMPACT SC 630 USB, IMPACT SDW 5065, IMPACT SDW 5066
  • EPOS|Sennheiser ADAPT SC 160, ADAPT SC 165
  • Jabra Evolve 40, Evolve 75
  • Logitech​ Zone Wireless
  • Plantronics/Poly Blackwire 5220, Savi 8220, Voyager 5200 UC, Voyager 6200, Voyager 8200

Jadi jika sepanjang PKP ini anda banyak menggunakan panggilan video dan panggilan telefon beramai-ramai, ini adalah produk-produk yang terbaik. Tetapi, perlu diingatkan ada produk yang tidak dipasarkan di Malaysia secara rasmi.



TIPS & ULASAN