Dell Mobile Connect Kini Hadir Dengan Sokongan Untuk Peranti iOS

Dell Mobile Connect Kini Hadir Dengan Sokongan Untuk Peranti iOS

Diterbitkan pada Mac 24, 2020 oleh .

Jika anda memiliki sebuah komputer desktop atau komputer riba Dell yang dibeli pada tahun 2018 keatas dan sebuah iPhone, perisian dan aplikasi Dell Mobile Connect kini membolehkan anda menghantar gambar dan video dari dan kepada kedua-dua peranti itu secara nirwayar.

Kemaskini terbaru perisian tersebut, iaitu Dell Mobile Connect 3.0 kini membolehkan pengguna iPhone dengan sistem operasi iOS 11 dan keatas kebolehan untuk bukan sahaja menghantar gambar dan video, tetapi juga mencerminkan skrin (screen casting) ke komputer Dell anda.

Jika anda memiliki komputer Dell yang layak, anda boleh memuat-turun aplikasi tersebut ke komputer dan peranti anda secara percuma melalui Microsoft Store dan juga Apple App Store.

Teknologi penghantaran data ini memiripi ciri penghantaran data Air Drop oleh Apple sendiri, tetapi dengan perisian ini, anda boleh melakukan perkara yang hampir sama dengan kedua-dua peranti Apple dan juga Android.

Sayangnya, aplikasi ini hanya boleh digunakan secara rasmi oleh pemilik komputer Dell buat masa ini.

Muat turun Dell Mobile Connect di sini


TIPS & ULASAN