PLUS Menangguhkan Pengenalan RFID Di Semua Plaza Tol Tertutup PLUS

PLUS Menangguhkan Pengenalan RFID Di Semua Plaza Tol Tertutup PLUS

Diterbitkan pada Mac 24, 2020 oleh .



PLUS sebelum ini telah menyatakan yang mana mereka merancang memperkenalkan sokongan RFID untuk di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS menjelang 1 April 2020. Namun, dengan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac 2020, kini PLUS mengumumkan mereka akan menangguhkan pengenalan berkenaan.

Melalui penawaran plaza tol dilengkapi RFID, ia membolehkan pengguna melalui plaza tol dengan lebih pantas tanpa perlu risau akan peranti kehabisan bateri dan sebagainya. Pelekat RFID turut dihubungkan ke Touch n Go eWallet, sekaligus memudahkan proses tambah-nilai.

Buat masa ini, PLUS tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah pengenalan RFID di semua lebuhraya PLUS akan dilaksanakan. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya setelah masalah penularan wabak Covid-19 diatasi kelak.



Paling Popular