Anda mungkin tidak mengetahui ini, tetapi HP sebelum ini pernah membina sebuah peranti realiti maya yang dinamakan HP Reverb. Sayangnya ia tidak selaku peranti-peranti lain seperti Oculus Rift ataupun HTC Vive yang lebih dikenali ramai.
Walaupun begitu HP nampaknya tidak berputus asa. Melalui satu ciapan oleh akaun Z By HP di laman media sosial Twitter, HP nampaknya sedang giat membangunkan sebuah lagi peranti HP Reverb dengan bantuan daripada Microsoft dan juga Valve, yang masing-masing mempunyai platform realiti imbuhan dan maya mereka sendiri.
Developers, architects, and #VR users – this one’s for you.
Get a sneak peek of the next benchmark in virtual reality headsets from @HP x @ValveSoftware x @Microsoft. https://t.co/m3hUAL6sK1 pic.twitter.com/IsqL2aOVsl
— Z by HP (@ZbyHP) March 23, 2020
Buat masa ini, tiada butiran lanjut yang diketahui mengenai peranti ini, tetapi mereka menjanjikan sebuah peranti yang boleh digunakan bukan sahaja oleh golongan gamer, malah profesional dalam pelbagai jenis industri lagi.