Carian
Xiaomi Menawarkan Jaminan Tambahan 3 Bulan Untuk Pembelian Peranti Dalam Tempoh PKP
March 24, 2020 Aman

Xiaomi Malaysia kini mengumumkan penawaran jaminan tambahan selama 3 bulan untuk sesiapa yang membeli peranti dalam tempoh PKP – antara 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Jaminan Xiaomi

Xiaomi mengatakan jaminan tambahan 3 bulan ini tertakluk untuk pembelian semua peranti Xiaomi dalam tempoh berkenaan daripada pengedar tempatan. Pengguna hanya perlu pastikan untuk menyimpan resit – memandangkan tarikh jaminan adalah berdasarkan kepada tarikh pada resit.

Selain untuk peranti baru, pengguna peranti sedia ada yang mempunyai jaminan akan tamat pada tempoh 18 Mac ke 31 Mac 2020 ini juga turut dilanjutkan selama tiga bulan lagi.

Komen