Cari @ Amanz

Computex merupakan salah satu acara tahunan yang akan memperlihatkan sejumlah pengeluar komputer dan peranti berkongsi pelbagai produk baru. Ia sering diadakan pada bulan Jun di Taipei.

Namun, untuk tahun ini, acara berkenaan ditangguhkan dan dijadualkan untuk diadakan sekitar penghujung September.

Penangguhan ini adalah selari dengan situasi dunia sekarang yang memperlihatkan penularan wabak Covid-19. Dengan ratusan ribu yang sering menghadiri Computex, ia mungkin telah dijangka ramai yang acara berkenaan akan ditangguhkan pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd