Facebook Dilaporkan Ingin Membeli Pegangan Pada Syarikat Telekomunikasi Di India

Facebook Dilaporkan Ingin Membeli Pegangan Pada Syarikat Telekomunikasi Di India

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

Facebook sebelum ini telah beberapa kali berkongsi perancangan untuk hadir menawarkan internet kepada pengguna-pengguna dengan kesukaran capaian internet. Selari dengannya, kini hadir laporan baru mengatakan Facebook dalam perbincangan untuk membeli pegangan pada syarikat telekomunikasi di India, Reliance Jio.

Reliance Jio telah beroperasi sejak 2016 yang lepas, dan kini mempunyai lebih 370 juta pelanggan di India. Facebook dikatakan ingin mendapatkan pegangan sebanyak 10% pada syarikat telekomunikasi berkenaan – yang mungkin membawa kepada nilai berbilion ringgit.

Selain penawaran perkhidmatan telekomunikasi, Reliance Jio juga turut mempunyai beberapa penawaran termasuk perkhidmatan penstriman muzik, perkhidmatan televisyen dan juga perkhidmatan pembayaran.

Buat masa ini, Facebook masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan laporan dan desas-desus baru ini.


TIPS & ULASAN