ZeptoStore Menawarkan Kemudahan Belian Barangan Runcit Secara Atas-Talian
March 25, 2020
Web 2.0
Aman
Zepto Express merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada penghantaran barangan. Terbaru, bermula hari ini, Zepto Express turut memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka dan kini meliputi penghantaran barangan runcit terus ke rumah pengguna.

Melalui Zepto Store, pengguna boleh melakukan tempahan barangan runcit, dan wakil Zepto akan mendapatkannya serta menghantar terus ke alamat pengguna.
Buat masa ini, Zepto Store meliputi kawasan sekitar Lembah Klang dan juga Seremban. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan tempahan barangan runcit melalui aplikasi Zepto hari ini, atau melalui laman web Zepto Store.
[info]Layari : Zepto Store[/info]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.