Cari @ Amanz

Semalam kami telah melaporkan bahawa sistem operasi Windows 10 oleh Microsoft sedang menghadapi isu kerentanan sekuriti yang agak serius.

Terkini, Microsoft telah mengumumkan bahawa buat masa terdekat ini, mereka akan memfokuskan kepada pengeluaran kemaskini berkaitan dengan sekuriti sahaja, dan kemaskini bukan sekuriti, ataupun Update C dan D akan dihentikan buat sementara waktu.

Bermula bulan Mei, Microsoft akan mengeluarkan kemaskini sekuriti untuk semua sistem operasi yang masih disokong, termasuklah Windows 10 edisi Enterprise dan Education, dimana sokongannya telah dilanjutkan kepada bulan Oktober kelak.

Ia juga dikatakan Microsoft akan hadir dengan kemaskini untuk isu kerentanan Adobe Type Manager Library yang dilaporkan sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd